PUSPANITA KPDNHEP ditubuhkan dengan tujuan mewakili kakitangan wanita dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di luar bidang pekerjaan. PUSPANITA KPDNHEP aktif dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti Hari Sukan, Hari Wanita, Hari Ibu, ceramah-ceramah motivasi dan jualan setiap tahun.

 

 

Sehingga kini, PUSPANITA KPDNHEP mempunyai ahli berdaftar yang terdiri daripada warga KPDNHEP. Antara kelebihan sebagai ahli adalah dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan PUSPANITA - KPDNHEP, menerima door-gift yang diberikan sewaktu aktiviti, menyertai pertandingan anjuran PUSPANITA , hadiah cabutan bertuah dan pelbagai lagi.

 

 

 

Kakitangan wanita yang berminat untuk menjadi ahli dapatlah berbuat demikian dengan memuat turun borang keahlian melalui laman web ini atau mendapatkan borang tersebut daripada Setiausaha atau Penolong Setiausaha Puspanita KPDNHEP.

 

 

"Wanita Sepakat Negara Meningkat"

Aktiviti Terkini PUSPANITA KPDNHEP


Gerai Jualan Puspanita KPDNHEP

    Tarikh: Setiap Hari Selasa

    Tempat: Ruang Legar Kedai Koperasi & Kafeteria