SABIT

Melambangkan negara Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA akan bersatu tenaga

 BUKU

Melambangkan ilmu dan kemahiran yang sentiasa perlu ditingkatkan

 BUNGA PADI

Melambangkan kesatuan di antara ahli yang berbilang bangsa di dalamnya

 BUNGA RAYA

Merupakan peranan persatuan dalam mencapai aspirasi dan objektif pembangunan negara

 P dan PHA

Melambangkan kewanitaan

 WARNA EMAS

Adalah kepentingan kualiti yang ulung sebagai dasar keunggulan

 WARNA UNGU

Merupakan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli

 

LAGU PUSPANITA

Bulan, bintang empat belas penjuru
Lambang keutuhan bersatu padu
Isteri, pegawai, kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu

Sudah menjadi rasmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Di samping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan

Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat

PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik diasah
Sifat kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah

Korus:
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita

 

Lirik oleh Y.Bhg Datin Dr. Noor Laily Dato' Abu Bakar
Muzik oleh Encik Ahmad Shah

Aktiviti Terkini PUSPANITA KPDNKK


Gerai Jualan Puspanita KPDNKK

    Tarikh: Setiap Hari Selasa

    Tempat: Ruang Legar Kedai Koperasi & Kafeteria