Tart Nenas Gulung (Gebu)

 

Bahan-bahan ( 150 Biji )

  • 100 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung jagung
  • 20 gm tepung Kastard
  • 150 gm buttercup/planta
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit Pewarna Kuning Telur & Esen Vanilla
  • Bahan untuk Intinya:
  • Sebiji nenas
  • gula secukupnya
  • Pewarna kuning
  • *Untuk aduan tart.. 1/2 cwan gula halus sudah mencukupi

Cara-cara

  1. Pukul Majerin dah Gula sampai keputihan. Masukkan Kuning telur, pewarna kuning dan sedikit esen Vanilla.Pukul sehingga sebati. Masukkan tepung Kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli perlahan dengan tangan hingga sebati.
     
  2. *Jika adunan terlalu lembut dan melekit , tambahkan sedikit tepung gandum. *Jika adunan terlalu keras tambahkan lagi butter semasa menguli sehingga adunan betul-betul lembut.
     
  3. Setelah siap adunan, gelekkan adunan sehingga rata dan gelek menggunakan pengelek tart untuk mendapatkan corak berbelang. Potong mengikut panjang dan lebar yang disukai.
     
  4. Letakkan sedikit jem nenas dan gulung. Sapukan bahagian atas Tart Nenas dengan kuning telur yang telah dicampur dengan pewarna kuning. Bakar selamat 15-20 minit pada suhu 150 C.
     
  5. *Untuk jem, nenas yang diparut dimasak bersama gula dan ditambah pewarna kuning. Masak sehingga nenas kering dan tidak berair.

 

Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/5622

Aktiviti Terkini PUSPANITA KPDNKK


Gerai Jualan Puspanita KPDNKK

    Tarikh: Setiap Hari Selasa

    Tempat: Ruang Legar Kedai Koperasi & Kafeteria