Ayam Masak Merah Wangi

 

Bahan-bahan

- 1/2 ekor ayam (dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)

- 2 sudu besar cili kisar

- 3 biji bawang merah (boleh ganti dengan 1/4 biji bawang besar) + 1 ulas bawang putih (dikisar halus)

- 1 batang serai

- 1 batang kulit kayu manis

- 2 sudu besar sos cili

- 1/4 biji bawang besar dihiris kasar

- 1/2 biji tomato

- 1/2 cawan kacang peas (ros guna kacang peas dalam tin cap ayam brand)

- garam

- gula

 

Cara-cara

1. Gaul ayam dengan kunyit, garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepian.

2. Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, ros guna blender sebab tak ada lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.

3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato dipotong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.

4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam tang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan.

 

sumber : http://jintanmanis.com/ayam/95-ayammasakmerah

Aktiviti Terkini PUSPANITA KPDNKK


Gerai Jualan Puspanita KPDNKK

    Tarikh: Setiap Hari Selasa

    Tempat: Ruang Legar Kedai Koperasi & Kafeteria