Tabung Latihan PUSPANITA

 

Latar Belakang

Tabung Latihan PUSPANITA (TLP) ditubuhkan pada 1998. Pelancarannya telah diadakan pada 7 Ogos 1998 oleh Y.A.Bhg. Datin Paduka Dr. Siti Hasmah inti Haji Mohd. Ali selaku Pengerusi PUSPANITA Kebangsaan.



Tujuan TLP
Memberi bantuan kewangan dan perkhidmatan kepada pelajar lepasan sekolah untuk mengikuti kursus kendalian:

a) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
b) Kementerian Pelajaran Malaysia
c) Kementerian Sumber Manusia
d) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
e) Kementerian Belia dan Sukan
f) Kolej Universiti Lim Kok Wing
g) ELS Language Centre Malaysia



Objektif TLP
Tabung ini ditubuhkan untuk memberi bantuan pendidikan kepada pelajar Malaysia amnya dan anak-anak ahli PUSPANITA khususnya. Objektif TLP adalah seperti berikut:

a) Memberi keutamaan kepada ahli-ahli yang aktif tetapi kurang mampu untuk menghantar anak-anak mereka yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di Institusi terpilih.
b) Memberi maklumat dan panduan berkenaan bidang-bidang kursus yang ditawarkan oleh Institusi terpilih.
Mengenalpasti Institusi Penganjur yang bersedia memberikan kursus/membiayai pelajar-pelajar.
c) Memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti kursus-kursus tertentu di Institusi terpilih.

 


Syarat-Syarat Permohonan TLP
a) Ahli PUSPANITA (keutamaan kepada ahli yang aktif)
b) Bukan Ahli PUSPANITA
c) Ibu bapa kurang mampu
d) Anak yang mempunyai kelayakan akademik yang ditetapkan

 


Syarat Memohon Bantuan Kewangan TLP -Permohonan Kemasukan Ke Institusi Yang Terpilih
Pada masa ini permohonan kemasukan pelajar ke Institusi terpilih oleh Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan adalah secara online dan pengambilan pelajar mengikut merit. Oleh yang demikian, Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan telah memutuskan supaya permohonan pelajar (ahli dan anak ahli) tidak perlu dihantar melalui PUSPANITA. Sekiranya ahli dan anak ahli berjaya memasuki Institusi berkenaan barulah borang kewangan (BBK) dikemukakan ke Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan, sebulan dati tarikh pendaftaran. Peraturan ini berkuat kuasa mulai kemasukan tahun 2007. Borang permohonan mesti melalui Cawangan Kementerian/Negeri.

Permohonan ahli tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

a) Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang maklumat ahli (Borang TLP) dan melampirkan dokumen-dokumen yang disenaraikan.
b) Mengisi borang bantuan kewangan (BBK) dan melampirkan dokumen-dokumen yang disenaraikan.
c) Diberi keutamaan kepada ahli-ahli yang aktif dengan pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000 sebulan.
d) Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

Semasa mengemukakan tuntutan, dokumen yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut:

a) Borang bantuan kewangan (BBK)
b) Borang maklumat ahli (Borang TLP)
c) Salinan kad ahli
d) Salinan surat tawaran
e) Salinan resit pembayaran semasa pendaftaran
f) Salinan muka hadapan buku akaun ibu/slip pengesahan bank


Bayaran bantuan pendaftaran akan diputuskan oleh Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan. Keputusan Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan adalah muktamad.
 


Syarat Memohon Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang
Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan telah bersetuju memberi bantuan insentif pelajar cemerlang kepada pelajar berasaskan keputusan peperiksaan akhir yang mencapai himpunan purata nilaian markah (CGPA) 3.50 ke atas. Permohonan hendaklah dikemukakan sebulan dari tarikh keputusan peperiksaan akhir dimaklumkan dan permohonan mesti melalui Cawangan Kementerian/Negeri.


Permohonan masih lagi tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

a) Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang maklumat ahli (Borang TLP) dan melampirkan dokumen-dokumen yang disenaraikan.
b) Mengisi borang bantuan kewangan (BBK) dan melampirkan dokumen-dokumen yang disenaraikan.
c) Diberi keutamaan kepada ahli-ahli yang aktif dengan pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000 sebulan.
d) Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

Semasa mengemukakan tuntutan, dokumen yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut:

a)Borang bantuan kewangan (BBK)
b) Borang maklumat ahli (Borang TLP)
c) Salinan kad ahli
d) Surat akuan pengesahan dari Institut berkenaan (kepala surat asal)
e) Salinan Sijil/Diploma/Ijazah -- HPNM/CGPA 3.50 ke atas
f) Salinan muka hadapan buku akaun ibu/slip pengesahan bank

Jumlah insentif akan diputuskan oleh Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan. Keputusan Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan adalah muktamad.

 

Muat turun borang

 

Aktiviti Terkini PUSPANITA KPDNKK


Gerai Jualan Puspanita KPDNKK

    Tarikh: Setiap Hari Selasa

    Tempat: Ruang Legar Kedai Koperasi & Kafeteria