Perutusan Pengerusi

 

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

 

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web PUSPANITA Cawangan KPDNKK.

 

Sebagai Pengerusi PUSPANITA KPDNKK, saya berharap paparan yang terkandung dalam laman web ini dapat memberi maklumat yang berguna dan tepat kepada pengunjung laman web ini serta ahli PUSPANITA sendiri yang ingin mengetahui program dan aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh PUSPANITA KPDNKK.

 

Matlamat penubuhan PUSPANITA adalah untuk menyatupadukan kaum wanita di sektor awam, melahirkan wanita yang berdaya saing serta menjadi medan untuk ahli-ahli berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat.

 

Oleh itu, bagi manfaat semua ahlinya, PUSPANITA KPDNKK akan terus bergerak aktif dalam menganjurkan program dan aktiviti yang dapat menambah pengetahuan, memberi pendedahan baru, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli di peringkat Cawangan dan Kebangsaan khususnya, serta dengan masyarakat amnya.

 

Terima kasih.

 

Wanita Sepakat, Negara Meningkat

 

 

YBHG. DATIN SRI DR. ASMAH SAMAT

Aktiviti Terkini PUSPANITA KPDNKK


Gerai Jualan Puspanita KPDNKK

    Tarikh: Setiap Hari Selasa

    Tempat: Ruang Legar Kedai Koperasi & Kafeteria