Perutusan Penasihat

 

 

 

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

 

Laman web Puspanita Cawangan KPDNKKK merupakan satu lagi wadah penting untuk Puspanita berinteraksi secara efektif dengan ahli-ahlinya. Sehubungan itu, saya amat berharap agar laman web ini dapat digunakan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Puspanita Cawangan KPDNKK untuk berinteraksi dan menyalurkan maklumat kepada ahli-ahlinya secara kreatif dan inovatif kerana saya yakin ia  dapat menarik minat ahli-ahli untuk sentiasa melayari laman web ini.

 

Kepada ahli-ahli Puspanita Cawangan KPDNKK pula, saya ingin menyeru puan-puan semua untuk menggunakan laman web ini bagi berinteraksi dengan Ahli Jawatankuasa dengan memberikan pandangan dan idea-idea bernas dalam memajukan lagi aktiviti Puspanita.  Laman web ini juga merupakan saluran  maklumat penting buat ahli-ahli yang berkhidmat di luar KPDNKK mahupun yang menjadi surirumah sepenuh masa.

 

Hubungan dua hala ini amat penting buat organisasi yang mempunyai ramai ahli seperti Puspanita Cawangan KPDNKK dan saya penuh yakin Puspanita Cawangan kita dapat menjadi sebuah badan amal yang aktif dalam menyediakan faedah kepada ahli-ahlinya.

 

Terima kasih.

 

YBHG. DATO' SRI JAMIL BIN SALLEH

 

Aktiviti Terkini PUSPANITA KPDNKK


Gerai Jualan Puspanita KPDNKK

    Tarikh: Setiap Hari Selasa

    Tempat: Ruang Legar Kedai Koperasi & Kafeteria