Perutusan Penaung

 

 

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

 

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada PUSPANITA KPDNKK kerana berjaya membangunkan laman webnya sendiri dan kejayaan ini tentunya lahir daripada komitmen semua AJK yang dilantik baru-baru ini. Dengan adanya laman web ini, PUSPANITA KPDNKK akan dapat menyalurkan maklumat aktivitinya kepada semua ahli dengan lebih berkesan lagi. Di zaman ICT ini, kewujudan laman web bagi mana-mana organisasi amat penting dan ia akan menjadi penghubung antara PUSPANITA KPDNKK dengan ahli-ahlinya.

 

Di kesempatan ini juga saya ingin menasihatkan supaya semua ahli-ahli PUSPANITA KPDNKK bergerak aktif melaksanakan program-program yang telah dirancang supaya ia dapat mencapai hasrat sebenar ia dianjurkan. Dengan penglibatan aktif semua ahli-ahli PUSPANITA KPDNKK, aktivit-aktiviti yang dianjurkan akan lebih meriah dan akan menyemarakkan lagi semangat AJK untuk menganjurkan lebih banyak program di masa-masa

akan datang.

 

Akhir kata saya ingin melahirkan rasa gembira kerana PUSPANITA KPDNKK di bawah kepimpinan barunya telah membawa banyak pembaharuan dan aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti yang akan merapatkan lagi tali silaturahim sesama ahli. Saya berdoa PUSPANITA KPDNKK akan terus maju dan aktif hingga mencapai hasrat dan tujuan ia diwujudkan.

 

Terima kasih.

Y.BHG. DATIN NORASHIKIN BINTI DATUK ABDUL GHANI

Aktiviti Terkini PUSPANITA KPDNKK


Gerai Jualan Puspanita KPDNKK

    Tarikh: Setiap Hari Selasa

    Tempat: Ruang Legar Kedai Koperasi & Kafeteria